Viral

"Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Usahawan Kosmetik Bersuara, Sokong Tindakan Pelanggan Resort

Amri Hassan
18/08/2020
06:50 MYT
Sponsor Banner
"Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Usahawan Kosmetik Bersuara, Sokong Tindakan Pelanggan Resort
Bekas pekerja usahawan kosmetik, Melati Abd Ghani tampil bersuara berhubung isu resort kotor seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
BACA: Cadar Tak Cuci, Peti Ais Ada Lipas, Resort Milik Usahawan Kosmetik Ini Dikritik Hebat! Sampai Kena...
Kata Melati, tindakan untuk berlawan dengan menyalahkan semula pelanggan resort berkenaan tidak wajar.
"Ni bodoh punya orang, dah memang tempat ko kotor, customer complaint. Lepas tu ko nak salahkan customer dah kenapa? Customer is right.
"Bila customer complaint mintalah maaf dan perbaiki, bukan salahkan customer. Adui macam mana punya mentalitilah...
"Sudah-sudahlah tu cakap tak terkesan dengan kata-kata netizen tapi baru seorang customer complaint dah bitter.
"Belajarlah yang ada pada orang lain lebih hebat dari dir kita, terima pendapat orang lain, turunkan ego. Sudah-sudahlah tu bangga diri.
"Kalau staff ko bolehlah paksa suruh sumpah bagai, ini customer ko suruh bersumpah bagai walaupun benda tu tak betul. Simpan sikit bangan tu boleh tak," tulisnya menerusi Instagram Story pada Selasa.
Terdahulu, tular dakwaan seorang atlet parkour yang terkilan dengan servis dan kebersihan sebuah resort milik usahawan kosmetik terkenal tanah air.
Selepas pendedahan berkenaan, usahawan kosmetik berkenaan difahamkan telah menghubunginya meminta untuk memadamkan posting terbabit sebelum tindakan diambil.
Manakala, Datuk Seri Aliff Syukri pada Selasa tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup aktiviti dan sikap keluarga pelanggan terbabit yang tidak menjaga adab dan etika di resort miliknya.
BACA: Aliff Syukri Jawab Aduan Pelanggan – “Skipping, Berlari & Main Bola Sepak Di Lobi…Jaga Adab Dan Etika Di Tempat Orang!”
Sementara itu, mengulas mengenai situasi terbabit, kata Melati adalah normal untuk kanak-kanak berlari-lari sama seperti anak-anak usahawan berkenaan.
"Alahai nak cakap anak orang berlari-larilah, tak reti duduk diam. Eh anak dia pun kalau pergi mana-mana pun lasak juga, berlari, sampai pecah pasu hotel.
"Biasalah budak-budak memanglah macam tu lasak.
"Yang seorang lagi tu duduk back up dia siap posting video sebab dia ada job di sana. Tak apa belum kena batang hidung dia lagi.
"Nanti dah kena tengoklah yang si back up tu meroyan macam mana," tambahnya.
Melati sebelum ini pernah mendedahkan dia telah diberhentikan tugas dengan usahawan kosmetik itu selepas setia berkhidmat sekian lama.
BACA: "Saya Tak Kisah Kena Buang ..." - Pembantu Peribadi Aliff Syukri Luah Perasaan Diberhentikan Kerja
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar