Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

Mya Amri 27/08/2024 | 15:46 MYT

Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.

Lebih bersyukur

Menurut Mawi, segala permasalahan yang diluahkan oleh pemanggil ketika menghubungi talian itu membuatkan dirinya berada kerdil.

“Di Zayan ni ada satu segmen tajuknya ‘Bukan Nama Sebenar.’ Dalam segmen ni pendengar diberi peluang untuk meluahkan permasalahan.

“Sebab ramai orang yang sekarang ini tidak tahu nak luahkan masalah mereka kepada siapa. Jadi kita sediakan platform ini untuk mereka luahkan, kemudian kita ada seorang pakar psikologi untuk beri solusi.

“Setiap Khamis, telefon akan berdering, lima line itu akan penuh berkelip kelip, menandakan ramai orang yang menghubungi kami.

“Jadi apabila kita mendengar masalah orang kita rasa macam sangat bersyukur. Ingatkan masalah kita ini sudah besar tetapi rupanya masalah orang lain lagi teruk.

“Jadi sebenarnya dekat sini kita boleh belajar erti bersyukur,” katanya.

Mawi berkata demikian ketika ditemui Gempak bertempat di konti radio ZAYAN baru-baru ini.

Boleh membantu pendengar luah masalah

Dalam pada itu, Mawi juga menyatakan dengan adanya segmen tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai untuk meluahkan masalah dan isi hati mereka.

“Satu lagi, apabila seorang ada satu masalah dan meluahkannya, dia sebenarnya mewakili orang lain yang mempunyai masalah yang sama.

“Jadi sedikit sebanyak tu orang kata kita dapat wujudkan platform ini, dapatlah bagi orang kurangkan stress selain cari solusi.

“Sekurang-kurangnya dapatlah sedikit ubat jiwa dia, insya-Allah dapat jumpa jalan penyelesaian,” ujarnya.

Dengarkan segmen Zayan Pagi, setiap Isnin-Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

#Penyampai radio #Mawi #Radio #Zayan
;