Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Bila Dia Lahir Ada Ibu Hebat Macam U”- Ulat Bulu Dah Naik Daun, Dr Soo Wincci Diganggu Netizen Gatal?

Hanafis Haris 27/09/2021 | 12:19 MYT

Pelakon dan model jelita Dr Soo Wincci menjadi mangsa gangguan netizen apabila ada beberapa individu yang mencuba nasib untuk menjadikannya sebagai isteri.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Wincci menerusi satu posting di Instagramnya.

“Can i be your half, i can take care of you”.

“Itulah yang i cari, ibu kepada anak i. Bila dia lahir dia ada seorang ibu yang hebat macam you”.

“Perkahwinan seperti perniagaan dan saya mahu lakukan bersama kamu,” tulis beberapa individu.

Berang dengan tindakan tersebut Wincci kemudian menempelak tindakan mereka yang menganggap wanita seolah-olah seperti ‘barangan’.

“Kita perempuan bukanlah patung ya dan tak payah kacau saya.

“Jangan datang dan kacau me please. Thank you and no thank you,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci)

Sekadar info, Wincci yang berusia 35 tahun kini sedang meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol.

Menyentuh soal cinta pula, pada 2017, bekas Miss World Malaysia 2008 ini menyatakan dia masih belum bersedia mendirikan perkahwinan termasuk menjalinkan hubungan cinta.

Jelas Wincci, dia terpaksa mengetepikan soal itu kerana mahu merealisasikan impiannya dalam kerjaya seni dan pengajiannya.

Pun begitu, sekitar 2018, Wincci dikatakan sedang mengenali seorang jejaka dari Scotland.

Wincci berkata, dia berkenalan dengan Davidson yang bekerja dalam bidang teknologi muzik di Sepanyol, melalui seorang teman deejay.

Akui Wincci, peningkatan usia membuka hatinya untuk menjalin cinta.

Walau bagaimanapun pada 2019, soal cinta bukan lagi menjadi keutamaan Wincci dan dia lebih selesa hidup sendiri.

Lebih memberi tumpuan kepada pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol, Soo ‘menutup’ sementara pintu hati kepada mana-mana jejaka.

#Kahwin #Viral #Soo Wincci #Netizen #Mengorat
;