Hiburan

“Bila Fikir Nak Kena Inject Epidural Kat Tulang Belakang & Perut Nak Kena Belah…” – Zizie Ezette

Mya Amri
29/01/2019
09:39 MYT
Sponsor Banner
“Bila Fikir Nak Kena Inject Epidural Kat Tulang Belakang & Perut Nak Kena Belah…” – Zizie Ezette
Pelakon Datin Seri Zizie Izette akui gementar untuk melalui proses bersalin tidak lama lagi.
Zizie berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Kata Zizie, walaupun kehamilan kali ini terasa lebih senang berbanding dahulu namun dia tetap tidak dapat menghilangkan rasa takutnya. “Going to be 34 weeks pregnant in 3 days’ time. Kalau nak ikutkan time Aadam Aaleph, minggu depan l dah bersalin.
“I gave birth to my boys at 34 weeks 5 days. (Premature babies). Alhamdulillah, pregnant kali ini terasa lebih senang berbanding dgn dulu.
“Mungkin sbb kali ni single baby. InshaaAllah, sebulan je lagi nak jumpa baby girl. “Tapi bila fikir nak kena inject epidural kat tulang belakang dan perut nak kena belah lagi tiba-tiba jadi takut pulak.
“Ya Allah, I’m praying for a safe delivery & a healthy baby! Amin Aminnn Aminnnnn. #mayallaheaseeverything #countdownto30days #justsharingmystory,” tulisnya. Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Zizie dipermudahkan urusan bersalin dan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar pada Disember 2009.
Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, 2.
Foto: Instagram @zizieizette
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar