Hiburan

"Bila Nak Bayar Hutang? Dah 3 Tahun Dah Ni.." - Fadzil Zahari Selar Pereka Fesyen Tak Bayar Hutang

Kamaruddin Razal
04/06/2018
15:51 MYT
Sponsor Banner
"Bila Nak Bayar Hutang? Dah 3 Tahun Dah Ni.." - Fadzil Zahari Selar Pereka Fesyen Tak Bayar Hutang
Pelakon Fadzil Zahari meluahkan rasa tidak puas hati kepada seorang pereka fesyen yang tidak dapat melangsaikan hutang sebanyak RM10,000 sejak tiga tahun lalu.
Fadzil berkongsi perkhabaran tersebut menerusi sebuah entri di laman Facebook miliknya beberapa jam lalu.
".... bila nak bayar hutang? Dah tiga tahun dah ni? Tiap-tiap tahun nampak pergi oversea, butik pun nampak makin gah.. Tak banyak pun RM10,000 ja.
"Siapa-siapa kenal tolong tag dia sat.. Dia dah block kat Facebook, Instagram dan WhatsApp. Maybe dia segan nak reply WhatsApp dan angkat call, boleh reply kat sini," tulis Fadzil.
Etri yang dimuat naik di laman Facebook peribadi suami kepada aktres Yana Samsudin ini mendapat pelbagai reaksi netizen.
Setakat ini, posting tersebut dihujani hampir 100 komen dan dikongsi seramai 20 pengguna Facebook.
Teks: Kamaruddin Razal Foto: Facebook Fadzil
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar