Berita

"Bila Operate Doktor Cakap Dah Pecah" - Apex Mentor Milenia Jalani Pembedahan Buang...

ZULHILMI JALIL
14/09/2020
03:57 MYT
Sponsor Banner
"Bila Operate Doktor Cakap Dah Pecah" - Apex Mentor Milenia Jalani Pembedahan Buang...
Juara Mentor Milenia, Apex Tajudin selamat menjalani pembedahan apendektomi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu semalam.
Apex atau nama sebenarnya, Ahmad Amirul Hafizi, 24, berkata, dia dimasukkan ke wad semalam selepas mengalami sakit perut.
"Sebelum itu dua hari saya demam. Semalam, isteri bawa saya ke klinik swasta selepas saya mengadu sakit perut.
"Bila doktor buat imbasan, kesan apendiks dan terus rujuk ke hospital. Sampai hospital doktor terus buat pembedahan hari yang sama," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Apex, doktor memaklumkan apendiksnya juga sudah pecah ketika pembedahan dilakukan.
"Sebelum ini ada gastrik sahaja, tak tahu ada masalah apendiks. Bila bedah doktor cakap dah pecah.
"Alhamdulillah, dah selesai pembedahan. Tiga jam juga duduk dalam dewan bedah," katanya yang merupakan bekas protege penyanyi Hazama.
Terdahulu, menerusi satu entri di Instagram, Apex berkongsi gambar dirinya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar dirinya kembali segera sembuh.
Apex dikenali menerusi lagu single berjudul Panggung sentuhan komposer Faizal Tahir dan Mike Chan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar