Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

Umirah Halim
09/09/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.

'Beauty privilege' wujud

Menurutnya, situasi tersebut benar-benar terjadi dalam kalangan mereka yang dikurniakan wajah dianggap bukan kategori ‘rupawan’.

“Setuju memang orang cantik atau orang yang mempunyai status yang lebih tinggi dapat layanan yang lebih baik daripada orang yang tidak,” ujarnya menerusi temu bual di salah sebuah rancangan televisyen tempatan.

BERITA TRENDING: “Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di
​BERITA TRENDING: "Saya Sentiasa Mengimpikannya"- Nia Atasha Bangga Jadi Model Pakaian Dalam Antarabangsa!

Sementara itu, Nia turut mengakui pernah menghadapi situasi yang sama sebelum dirinya menceburi bidang peragaan.

“Dulu layanan orang kepada saya lain, contoh macam kawan-kawan saya di sekolah dahulu mungkin tak selalu ajak lepak.

“Tapi bila dah jadi model tiba-tiba macam nak mengaku saya kawan mereka. Dia jadi lain,” tambahnya lagi.

​BERITA TRENDING: Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”
​BERITA TRENDING: Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil

Sebelum ini, nama Nia Atasha pernah menjadi sebutan ramai dan mula tular di media sosial selepas menjadi wanita berbangsa Melayu pertama dipilih sebagai wajah kempen baharu jenama antarabangsa Victoria Secret.

Sumber: TikTok
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar