Hiburan

"Bila Sebut Bab Jodoh Saya Tak Sebangs*t Itu" - Zizan Razak Kesal Riak Wajah Jadi Bahan Jenaka Netizen

Amri Hassan
21/12/2020
08:48 MYT
Sponsor Banner
"Bila Sebut Bab Jodoh Saya Tak Sebangs*t Itu" - Zizan Razak Kesal Riak Wajah Jadi Bahan Jenaka Netizen
Hos Anugerah MeleTOP 2020, Zizan Razak akui reaksinya ketika sesi lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose berlaku secara spontan.
Jelas Zizan, dia memberikan respon yang terbaik untuk menghidupkan program terbabit namun terkilan dengan pandangan segelintir netizen yang melihatnya daripada sudut negatif.
"Melihat apa yang berlaku malam ni menjadi perbualan di media sosial tentang jodoh saya di media sosial selepas Kamal Aali melamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020 malam tadi.
"Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan plan saya dan saya tidak tahu dan cuma memberi respon yang sporting untuk memberikan program nampak best.
"Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah.
"Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia," tulis Zizan menerusi akaun Instagramnya pada Isnin.
Difahamkan Zizan berang apabila ada segelintir netizen yang nakal dan mempersoalkan jodohnya.
Kenyataan Zizan itu mendapat sokongan daripada rakan selebriti yang turut mendoakan jodohnya pada masa akan datang.
"Sabar, orang sehebat Zizan akan dapat yang hebat juga. Cuma kena tunggu masa je," kata Datuk Seri Aliff Syukri.
"Sabar Zan... aku percaya kejadian semalam kau jugak medoakan mereka... kau insan baik ...Nanti dah kawin orang sibuk tanya pasal anak plak.... yang itu aku boleh boleh ajar camne tidak sebangsat yang di sangkakan," tulis Achey.
"Lebih baik menunggu lama dari bersama orang yang salah," nasihat Isma Danial.
AME 2020 dihoskan dengan cemerlang oleh Zizan bersama Jihan Muse dan Nabil Ahmad.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar