Viral

Bill Gates Menyesal Ceraikan Isteri Lepas 27 Tahun Kahwin

Maliah Surip
26/01/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Bill Gates Menyesal Ceraikan Isteri Lepas 27 Tahun Kahwin
Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates mengaku berasa menyesal bercerai dengan isterinya Melinda Gates selepas hidup bersama lebih dua dekad.

BERITA TRENDING: Anak Bill Gates Bercinta Dengan Cucu Paul McCartney

Gates dan Melinda, 60, berkahwin pada 1994 mengakhiri rumah tangga pada 2021 selepas 27 tahun menjadi suami isteri. Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Jennifer, Rory dan Phoebe.
“Bercerai dengan Melinda adalah kesilapan yang sangat saya sesalkan,” ujar Gates dalam temu bual bersama The Times of London.
Menurutnya lagi Melinda adalah wanita yang telah hidup bersamanya dalam satu tempoh yang lama dan mereka telah membina banyak kenangan serta perkongsian termasuk memiliki anak.
“Malah sewaktu bertemu Melinda saya memang sudah berjaya tapi belum menjdi sangat sukses seperti sekarang. Banyak yang Melinda lihat dan lalui bersama saya untuk berada di tahap berjaya seperti ini,” luah Gates lagi.

BERITA TRENDING: Netizen Terhibur Penjual Teh Susu Tak Kenal Bill Gates Yang Berfoto Dengannya

Selepas bercerai Melinda mengundurkan diri daripada syarikat yang dibina bersama Gates dan ia sangat mendukacitakan figura tersebut.
“Tapi saya dan Melinda masih bertemu dalam acara keluarga. Kami mempunyai anak dan cucu,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Pasangan Kaya India Rai Pra Perkahwinan 3 Hari, Rihanna Buat Show, Bill Gates & Mark Zuckerberg Antara Tetamu

Terdahulu Melinda dalam temu bual pada tahun 2022 mengaku sangat terkejut dan ‘sakit’ dengan perceraian bersama Gates.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024