Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bill Gates Positif COVID 19: “Saya Bertuah Kerana…”

Maliah Surip 11/05/2022 | 09:45 MYT

Salah seorang pesohor paling berpengaruh dunia, Bill Gates mengumumkan dirinya menjadi ‘mangsa’ terbaharu virus COVID 19 yang masih belum berpenghujung.

Pengasas bersama Microsoft itu mengumumkan dirinya positif virus tersebut menerusi cuitan di akaun Twitter miliknya. Beliau bagaimanapun mengatakan hanya mengalami gejala ringan.
Gates, 66, juga berikrar akan menjalani kuarantin kendiri sehingga kembali sihat seperti sedia kala.
“Saya telah disahkan positif COVID 19 dengan gejala ringan. Namun saya akan tetap menjalani kuarantin kendiri sehingga pulih,” cuit Gates.
Malah dalam cuitannya, Gates mengaku rasa ‘bertuah’ walaupun dijangkiti virus yang telah membunuh jutaan manusia di seluruh dunia itu.
“Saya bertuah kerana telah mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak. Saya juga mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik,” akuinya seperti dilaporkan media antarabangsa.
Terdahulu Gates merupakan salah satu pesohor yang sangat aktif membantu terutama di negara negara kurang maju dalam menyalurkan bantuan menangani COVID 19 menerusi yayasannya, Bill and Melinda Gates Foundation.
Beliau juga kerap menyeru orang ramai mengambil vaksin sebagai langkah menjaga kesihatan, termasuk mengeluarkan sejumlah lebih RM527 juta menerusi The Gates Foundation untuk bantuan dos penggalak dan pil anti COVID 19 bagi negara berpendapatan rendah.

#Viral #COVID-19 #Bill Gates
;