Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

Firdaus 29/08/2024 | 11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.

Pantau Anak

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkongsi inisiatif menjaga puterinya itu dengan memantau Aleesya semasa berada di luar rumah.

"Saya tidak mengongkong anak...

"Saya tidak mengongkong anak, tetapi kalau dia (Aleesya) nak keluar perlu ada salah seorang ibu bapa.
"Zaman sekarang ini agak menggerunkan dengan teknologi dan pelbagai kejadian. Nampak macam mengawal anak, tapi sebenarnya berhati-hati. Saya bukan mengongkong anak, tetapi anak nak pergi mana mesti kena ada salah seorang ibu bapa.
"Contohnya dia (Aleesya) nak pergi One Utama dengan kawan-kawan, saya hantar dan saya akan ada di situ. Tetapi tidak bersama mereka, biasalah anak remaja kalau ada ibu dia dekat situ malu air muka dengan kawan-kawan," katanya.

BERITA TRENDING: Foto Perkahwinan Tergantung Di Dinding Rumah, Erra Fazira Tepis Dakwaan Sudah Bersuami - "Saya Masih …”

BERITA TRENDING: Malaysia & Indonesia Sudah, Kini Engku Emran Nak Cari Calon Isteri Korea Pula?

BERITA TRENDING: Malaysia & Indonesia Sudah, Kini Engku Emran Nak Cari Calon Isteri Korea Pula?

BERITA TRENDING: Bergandingan Dengan Primadona, Jantung Fasha Sandha Berdebar Nak Jumpa Erra Fazira - “Satu Family Tahu Sejak Di Bangku Sekolah Memang…”

Menurut pelakon Maria Mariana itu lagi, Aleesya tidak diberi telefon bimbit sebaliknya dibenarkan untuk menggunakan peranti berkenaan pada waktu tertentu.
"Kita lepaskan tetapi sentiasa 'update' dia ada di mana. Saya tak beri anak saya telefon, tetapi bila dalam keadaan tertentu seperti dia nak keluar dengan kawan saya akan bagi. Jadi kita kena pandai, pandai..nak bagi dia kebebasan tapi dalam masa yang sama kena pantau.
"Kita ni terjerat nak suruh anak berdikari. Kalau dulu kita dah gerak sendiri naik teksi, bas dan sebagainya. Bukan tak nak bagi dia berdikari cuma keadaan sekarang ini merisaukan.
Erra berkata demikian pada sidang media program Kilauan Emas yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur.
Sekadar info, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriri Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada tahun 2006.
Erra kemudiannya berkahwin kali kedua bersama Engku Emran di mana pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya, namun bercerai selepas tujuh tahun bersama.
Dalam perkembangan terkini, Erra bakal bergelar juri dalam program Kilauan Emas 2024 bersama-sama dengan Datuk Hattan dan Roy Azman.
Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30%* dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
#Anak #Erra Fazira #Selebriti #Artis #hiburan #Aleesya #Engku
;