Laman Utama

Bimbang Keselamatan Pekerja, Imam Muda Asyraf Pilih Tutup Operasi Butik Untuk Sementara

Mya Amri
21/05/2021
02:05 MYT
Sponsor Banner
Bimbang Keselamatan Pekerja, Imam Muda Asyraf Pilih Tutup Operasi Butik Untuk Sementara
Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf memilih untuk menutup kesemua operasi butik miliknya bermula hari ini.
Tindakan itu diambil sebagai langkah keselamatan buat pekerjanya untuk membantu mengurangkan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.
Asyraf mengumumkan perkara itu menerusi video pendek dan kenyataan rasmi di akaun Instagram miliknya semalam.
“Penutupan Sementara Operasi Butik Aisy Asyraf. Memahami situasi Pandemik COVID-19 yang agak meruncing.
“Maka pihak pengurusan Aisy Asyraf sebulat suara mengambil keputusan menutup operasi butik secara fizikal di semua cawangan seluruh negara. Bermula 21/5/2021 hingga 5/6/2021.
“Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada situasi dan perubahan dari masa ke semasa sehingga pengumuman lanjut.
“Manakala bagi perkhidmatan dalam talian ianya berjalan seperti biasa. Ini kerana proses ini hanya akan melibatkan staf dalam skala yang kecil. Segala kesukaran pihak kami mohon kemaafan,” tulisnya.
Sebelum ini, pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman juga melakukan tindakan yang sama dengan mengarahkan kesemua syarikat miliknya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh.
Bukan itu sahaja, malah jualan beberapa produk juga dihentikan buat sementara waktu sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar