Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Bintang K Pop, BoA Disiasat Seludup 'Dadah' dari Jepun Ke Korea Selatan

Maliah Surip 18/12/2020 | 12:25 MYT
Khabar mengejutkan datang dari dunia K Pop apabila bintang terkenal, BoA dilaporkan disiasat pihak berkuasa kerana menyeludup dadah.
Menurut laporan The Korean Herald, penyanyi itu disiasat pihak berkuasa dari Jabatan Pendakwa Daerah Seoul pada Rabu. Pihak agensinya, SM Entertainment kemudian mengesahkan dakwaan tersebut, semalam.
BoA dituduh menyeludup dadah jenis Zolpidem tanpa kebenaran dalam perjalanannya dari Jepun ke Korea Selatan. Dia didapati menggunakan nama salah seorang staf agensinya di Jepun dan di Korea.
Zolpidem sebenarnya adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat masalah tidur atau insomnia, namun ia perlu mendapat pengesahan.
Media yang sama melaporkan, BoA diketahui memang perlu mengambil ubat ubatan 'terlarang' di bawah nama agensinya di Jepun atas kebenaran doktor.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan agensinya, walaupun BoA disiasat pihak berkuasa kerana tidak melaporkan jenis bahan terlarang yang dibawa sehingga dianggap menyeludup dadah, namun itu bukan gambaran sebenar yang terjadi.
Agensi menegaskan, BoA tidak pernah mempunyai niat untuk menyeludup dadah. Ia hanya sejenis ubat atau pil tidur untuk membantunya tidur.
"Klien (BoA) kami menerima ubat tersebut daripada doktor di sebuah hospital di Jepun, namun dia tak pernah sedar jika ia akan menjadi masalah di Korea Selatan walaupun telah dibenarkan 'berlepas' bersamanya," kata kenyataan tersebut.
Mereka juga menambah, wanita berusia 34 tahun itu tidak pernah berhadapan dengan masalah ketagihan atau salah guna dadah.
Sebaliknya, dia selalu dibekalkan ubat ubatan mengandungi dadah seperti ubat tidur dalam kebanyakan perjalanan tour dari Jepun ke Amerika Syarikat untuk membantu mengurangkan mabuk pesawat.
Kredit Foto: SM Entertainment
#Dadah #Kpop #Jepun #Korea Selatan #Boa #Zolpidem
;