Bius Sampai Pengsan, Lelaki Rekrut 50 Lelaki Untuk R*gol Isteri
Seorang daripada puluhan lelaki yang didakwa memperkosa wanita Perancis yang dibius pengsan oleh suaminya memberitahu mahkamah pada Khamis bahawa dia menyedari ada sesuatu tidak kena ketika pertemuan mereka yang diakui sebagai serangan seksual.
50 Lelaki Dituduh Merogol
Defendan, seorang pekerja pasar raya berusia 44 tahun dan bapa kepada tiga anak antara 50 lelaki yang didakwa atas pertuduhan rogol beramai-ramai terhadap wanita itu yang menjadi kes yang menggerunkan di Perancis.
Defendan Mohon Maaf
Dia juga memohon kepada wanita berusia 71 tahun itu untuk memaafkannya walaupun tahu ia sudah terlambat.
"Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti kamu dan saya melakukannya.
"Sangat mengerikan untuk berfikir bahawa saya adalah sebahagian daripada mimpi ngeri ini. Permintaan maaf ini tidak akan mengubah apa-apa, tetapi saya tetap mahu memberitahu kamu," katanya dengan tenang.
BERITA TRENDING: Noh Salleh Dedah Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan Isteri 7 Bulan Lepas - "Kami Namakan Anak Kami Julian"
BERITA TRENDING:Guru Wanita Dicekup Berkhalwat Dengan Rakan Sekerja Di Dalam Kenderaan
BERITA TRENDING:Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO
BERITA TRENDING: Wanita Didera, Dikurung Dalam Kandang Babi Lebih Lima Tahun
Perbicaraan itu menggemparkan Perancis. Seramai 49 defendan bersama didakwa memperkosa atau cuba merogol wanita itu.