Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Boleh Tak Kalau Saya Nak Kahwin Lagi?” - Gurau Nak Tambah ‘Cawangan’, Aliff Syukri Disekolahkan Netizen

Izwan Isa 21/09/2022 | 02:50 MYT

Semalam, pengsohor kontroversi, Datuk Aliff Syukri memuat naik sepotong video di Instagram yang memperlihatkan dia dan isterinya menghadiri majlis perkahwinan Ikbal, anak kepada allahyarham pengasas jenama Dnars, Faziana Rohban.

Menerusi hantaran berkenaan, Aliff melahirkan rasa kurang percaya bahawa anak kepada arwah teman baiknya kini sudah pun dewasa dan telah mendirikan rumah tangga.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

“Terasa cepat sangat masa berlalu. Saya berkawan dengan mak dia, arwah Faziani Rohban. Hari ini anaknya berkahwin.
“Tahniah Ikbal. Semoga menjadi suami yang terbaik dan melayari bahtera rumah tangga. Dalam perkahwinan ada pasang surutnya. Lelaki kena kuat macam saya. Semoga berkekalan sampai ke Jannah,” katanya.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah kenyataan Aliff di kapsyen sama yang mendakwa ingin berkahwin lagi.
“Boleh tak kalau saya nak kahwin lagi awak? Korang rasa apa akan jadi ek?” tulisnya.
Bagaimanapun, di ruangan komen, netizen memberikan maklum balas negatif terhadap pertanyaannya itu.
“Tak payahlah Datuk. Isteri Datuk dah perfect. Dahlah cantik, baik pulak tu.”
“Isteri Datuk dah cukup sempurna, boleh terima datuk dengan seadanya. Daripada susah, senang bersama-sama. Kalau Datuk tiba-tiba berniat nak tambah cawangan baharu, silap-silap rezeki dato kena tarik macam tu je. Kita cakap je awak, jangan marah ye.”
“Bagus tu niat dah ada. Nanti Datin pun terniat nak asah parang macam mana?”
“Boleh sangat sebab mampu tapi hargailah isteri anda ya. Jagalah hati Datin dan anak-anak. Semoga tiada gurauan macam ni lagi lepas ni."

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Aliff Syukri #kahwin lain
;