Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Boleh Tak Nak Tinggal Sini?” – Farah Nabilah & Suami Berbulan Madu di Maldives, Restoran Dalam Laut Tarik Perhatian Netizen

Azwa Rahman 12/03/2020 | 10:01 MYT
Pelakon Farah Nabilah mencuri tumpuan apabila berkongsi restoran dalam laut di destinasi bulan madu bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus.
Menerusi laman sosial Instagram, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, memuat naik sebuah video serta sekeping foto dia dan suami ketika berada di dalam restoran tersebut untuk tatapan umum.
“Tengoklah permandangan ni guys! Boleh tak saya terus tinggal di @hurawalhi?” tulis Farah ringkas di ruangan kapsyen.

Had an amazing lunch at 5.8 Undersea Restaurant @hurawalhi. Me loveeeeeee it ! ? #hurawalhi #hurawalhimaldives

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Farah dan suami memilih resort mewah Hurawalhi di kepulauan Maldives sebagai destinasi bulan madu.
Tambah romantis apabila resort ini turut mempunyai restoran bawah laut yang memberikan pemandangan terus ikan-ikan yang sedang berenang.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kecantikan restoran yang menjadi pilihan pasangan ini.
“Cantiknya sis! I cemburu!” komen seorang wargamaya.
“Ada ikan puyu tak?” usik seorang wargamaya.
“Allahu cantiknya, teringin nak pergi” kata seorang wargamaya.
“Amazing creature! Selamat berbulan madu sis,” ucap seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, Farah dan Amirul, 28, melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2019 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
;