Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bolehkah Individu Uzur Makan Di Tempat Awam Pada Siang Hari Bulan Ramadan? Ini Jawapan Mufti

Izwan Isa 22/04/2022 | 04:50 MYT

Baru-baru ini, viral di laman sosial mengenai rakaman CCTV yang dikongsi oleh seorang pekerja restoran makanan segera yang memperlihatkan kelibat tiga wanita berhijab yang makan secara terbuka.

Menerusi kapsyen pada video, difahamkan pelanggan tersebut memesan makanan dan menikmati makanan tersebut di restoran.
Hal tersebut mengundang amarah netizen, memandangkan individu yang merakam kembali rakaman CCTV tersebut tidak tahu apakah sebab pelanggan tersebut tidak berpuasa.
Namun, ada juga yang berpendapat bahawa makan di khalayak ramai pada bulan Ramadan di siang hari adalah tidak dibenarkan.
Begitupun, menerusi semakan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat perincian mengenai ‘kebebasan’ untuk makan secara terang-terangan di bulan puasa.
Menerusi penerangan terbabit, tiga golongan yang diberi kebenaran untuk tidak berpuasa iaitu wanita yang dalam keadaan haid dan nifas, orang yang sakit berat dan datang masyaqqah (kepayahan) ketika berpuasa serta orang bermusafir.
Menerusi penerangan yang sama, secara kesimpulannya, hukum seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari bulan Ramadan adalah harus. Adalah lebih afdal ia (makan) dilakukan di tempat yang sunyi dari penglihatan orang ramai bagi menjaga dan memelihara diri kita dari fitnah serta menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

#Mufti #Makanan Segera #Tak Puasa #Uzur
;