Viral
“Bolehkah Make-Up Sebelum Berwuduk & Qada Solat Kerana Kerja?” – Soalan Sheeda Kepada Ustaz Abdul Somad Di Puji Warga Net
Keberanian penyanyi Sheeda bertanya soalan kepada penceramah bebas Indonesia, Ustaz Adbul Somad (UAS) mengenai wuduk dan kemusykilan mengerjakan solat Qada’ dan Jamak dipuji warga net.
Kesempatan tersebut digunakan Sheda dalam satu sesi pertemuan khas UAS bersama artis Malaysia ketika kunjungan UAS ke Kuala Lumpur dua bulan lalu.
Sheeda telah bertanya kepada UAS samada boleh atau tidak artis mengenakan alat solekan sebelum berwuduk, selain menyatakan kemusykilannya tentang menqadakan solat kerana kekangan kerja.
Menjawab persoalah Sheeda itu, UAS kemudiannya menjelaskan dengan terperinci tentang solat Jamak dan Qada yang dibolehkan atas beberapa sebab.
Video ketika sesi itu berlangsung telah dikongsi di laman Facebook (FB) Kampung Ustadz Abdul Somad dan telah ditonton lebih 4.2 juta kali dengan 45 ribu perkongsian berserta 1200 komen.
Pengikut yang sudah menonton video tersebut, mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Angkat Kaki itu kerana tidak malu bertanya soalan kepada UAS.
Bagaimanapun, ada juga netizen bersikap kurang manis dengan memperlekehkan soalan diberikan Sheeda.
Namun, komen-komen negatif tersebut dibidas semula oleh warga net yang berpendapat Sheeda telah merungkai persoalan mereka tentang mengerjakan solat solat Jamak dan Qada dengan betul.
Mereka turut berterima kasih kepada UAS kerana sering berkongsi ilmu bermanfaat kepada semua disamping mendoakan kesejahteraan pendakwah tersebut.