Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Sukan

Bonnie Bunyau Dua Kali Juara Dunia Para Powerlifting

Amri Hassan 16/07/2019 | 08:30 MYT
Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin terus melakar kejayaan membanggakan apabila meraih pingat emas di Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan, malam tadi.
Pemegang rekod dunia remaja itu melakukan angkatan 207 kilogram (kg) untuk muncul juara dalam kategori senior 65kg lelaki pada kejohanan yang berlangsung di Astana Congress Center itu.
Kejayaan atlet kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu menyaksikannya turut memperoleh tiket ke temasya Paralimpik 2020 di Tokyo.
Pingat perak dimenangi atlet Algeria, Hocine Bettir yang melakukan angkatan 194kg manakala atlet Iran, Amir Jafari Arangeh meraih gangsa dengan angkatan 193kg.
Sabtu lalu, Bonnie turut meraih emas selepas melakukan angkata 190kg dalam acara bawah 65kg (below) lelaki.

Tahniah! Tak cukup sekali, 2 kali jadi JUARA DUNIA! ?? Kalau sebelum ini atlet Para, Bonnie Bunyau kita tapau 190kg, kali ini dia up lagi ke 207kg untuk kategori Men's Up to 65kg! Memang legend. ?? #ParaPowerlifting #NurSultan2019 #KamiTeamMalaysia . ? Twitter TeamMsia

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Sumber: Berita Harian, Twt TeamMsia
#Paralimpik #Bonnie Bunyau #Powerlifting
;