Berita
Bosan Dikuarantin Kerana COVID-19, Cristiano Ronaldo Beli Kereta Bugatti Limited Edition Berharga RM46 Juta!
Gara-gara bosan dikuarantin kerana COVID-19 Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo membeli kereta edisi terhad Bugatti yang hanya dikeluarkan 10 unit di seluruh dunia.
Ronaldo dilaporakan sudah menempah kereta mewah, Bugatti Centodieci tersebut yang berharga 8.5 juta pound (RM46 juta).
Pembelian itu bakal menyaksikan Ronaldo menambah lagi koleksi kereta mewahnya selepas memiliki Bugatti Chiron dan Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse.
Pengeluar kereta dari Perancis itu terkenal dengan penghasilan jentera mewah berprestasi tinggi dan model terbaharu mereka, Centodieci direka sebagai penghargaan kepada Bugatti EB110.
Kereta super itu dilengkapi enjin W16 dengan empat pengecas turbo 8 liter dan boleh memecut daripada 0 ke 62 batu sejam dalam tempoh 2.4 saat serta kelajuan maksimum 236 batu sejam (mph).
Bintang Juventus itu ketika inisedang menjalani kuarantin di kampung halamannya di Madeira memandangkan saingan bola sepak sedang ditangguhkan susulan penularan COVID-19.