Terkini

Bosan Kahwini Diri Sendiri, Wanita Ini Failkan Perceraian

Asyraf Roslan
07/09/2024
04:58 MYT
Sponsor Banner
Bosan Kahwini Diri Sendiri, Wanita Ini Failkan Perceraian
Selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan diri sendiri, pempengaruh dan model, Suellen Carey akhirnya membuat keputusan untuk bercerai.
Keputusan untuk berpisah itu dibuat selepas sepuluh sesi terapi di mana Suellen cuba meneroka perasaannya dan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.
Tetapi setelah menghadiri sesi terapi secara sendirian, Suellen akhirnya mengakui bahawa perkahwinan tersebut tidak lagi dapat diteruskan.
Wanita yang berasal dari Brazil itu menyatakan meskipun dia gembira dengan keputusan untuk mengawini dirinya sendiri namun rasa kesunyian sering menghantuinya sepanjang tempoh perkahwinan.
Dia kini melihat perkahwinan tersebut sebagai satu proses muhasabah diri yang berharga, serta sedang mempersiapkan dirinya untuk membuka hati bagi mencari pasangan sebenar.
Terdahulu, Suellen Carey,36 tahun menarik perhatian ramai apabila membuat keputusan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri di London.
Keputusan tersebut dibuat kerana sering mengalami kekecewaan dalam dunia percintaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar