Laman Utama

“Boy Or Girl?” - Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson Sambut Baby Shower, Ramai Netizen Teka Baby Boy

Azwa Rahman
22/11/2020
02:58 MYT
Sponsor Banner
“Boy Or Girl?” - Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson Sambut Baby Shower, Ramai Netizen Teka Baby Boy
Pelakon Zahirah MacWilson meraikan majlis baby shower bersempena kandungannya yang kini mencecah lapan bulan.
Menerusi laman sosial Instagram, Zahirah berkongsi foto-foto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Namun, pasangan dua sejoli ini tidak mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya meneka Zahirah bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki berdasarkan wajahnya yang berseri-seri.
Tidak kurang juga ramai rakan selebriti yang turut meneka pasangan ini bakal mendapat anak perempuan.
“Baby boy ni sebab Zahirah nampak berseri-seri,” tulis seorang wargamaya.
“Teka boy juga sebab muka berseri lain macam. Kalau girl, ibu tak berseri sebab dia sedut kecantikan ibu,” komen seorang wargamaya.
“Perut tajam, muka berseri, pinggang boleh nampak bentuk lagi, insya-Allah baby boy ni,” kata seorang wargamaya.
“Tak kisah jantina apa harapnya bayi sihat. Semoga Allah permudahkan segalanya,” doa seorang wargamaya.
Hujung Oktober lalu, Zahirah dan Aiman terbang pulang ke Perth, Australia bagi melahirkan anak sulung mereka di sana.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 120,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar