Viral
Boyfriend Pengasuh Sendiri Dedahkan Footage Kanak-Kanak Istimewa Didera Di Taska Semenyih? Netizen Puji; "Terima Kasih Jadi Lelaki Bijak"
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video yang memaparkan perbuatan terkutuk seorang wanita yang mendera seorang kanak-kanak istimewa.
Lebih memeranjatkan lagi, video rakaman tersebut didakwa telah dikongsi sendiri oleh teman lelaki wanita tersebut kepada ibu mangsa.
Susulan itu, netizen sempat memuji sikap teman lelakinya tersebut yang berani membongkarkan hal yang sebenar.
"Yang buat aduan kat parents ni adalah bf pendera tu sendiri. Time VC dgn bf tu ye dia dera. Mujur lah laki tu bijak dan buat tindakan betul.
"Rupanya BF sendiri yang reveal. Masih wujud lagi lelaki baik diluar sana. Apa pun perempuan macam ni pastikan muka keluar dekat headline besar-besar.
"Terima kasih la ya jadi laki bijak. nnti anak anak kau dapat mak bodoh macam tu,” tulis beberapa netizen.
Terdahulu, kejadian dera berkenaan tular selepas ia dikongsikan sendiri oleh ibu mangsa di akaun Facebooknya yang menggunakan nama Akma Nur Amanina pada Rabu.
Malah, wanita tersebut turut mendakwa dia diminta mengeluarkan anak istimewanya dari taska itu demi menutup cerita tentang kes dera yang berlaku.
Berita Trending: Wanita Ini Temui Kamera Tersorok Dalam Bilik Air Airbnb Tempat Dia Menginap -…
Setakat artikel ini ditulis difahamkan, individu yang terlibat juga sudah diberhentikan daripada tugasan.
Wanita itu turut mengesahkan dia dan suami sudah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.