Laman Utama
Bradley Cooper Akui Pernah Ketagih Kokain 20 Tahun Lalu - “Saya Seperti Tersesat”
Pelakon popular, Bradley Cooper mendedahkan yang dia mengalami ketagihan kokain ketika kontraknya dengan siri Alias ditamatkan sekitar 20 tahun lalu.
Bradley berkata, selain terjeremus dengan aktiviti penggunaan dadah, dia juga mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian tendon Achilles selepas kontraknya ditamatkan.
“Saya seperti tersesat dan ketagih kokain. Namun, selain itu, saya juga mengalami kecederaan yang teruk pada tendon Achilles selepas saya dipecat/menarik diri daripada Alias.
Bradly berkata demikian ketika ditemu bual menerusi podcast Smartless yang disiarkan baru-baru ini.
Bradley turut menambah, dia turut mengalami masalah rendah keyakinan diri.
“Saya mengalami kemurungan sebelum saya muncul dengan siri filem The Hangover. Ketika itu saya berusia 36 tahun dan saya lalui masalah tersebut sebelum nama saya mula dikenali ramai.
“Saya juga bersetuju yang kejayaan yang saya lalui memberikan saya peluang untuk mengubah diri,” katanya lagi.
Terdahulu, Bradley pernah memberitahu yang jika dia tidak mencari pertolongan terhadap masalah ketagihannya, ia akan membawa merosakkan kariernya pada masa akan datang.