Laman Utama

Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu

Maliah Surip
25/06/2022
09:00 MYT
Sponsor Banner
Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu
Bintang sensasi Britney Spears kembali menyapa pengikutnya dalam laman Instagram selepas ‘berehat’ setelah berkahwin dengan kekasihnya, Sam Asghari.
Menerusi kemas kini terbaharunya, Spears tampil dengan penampilan baharu pada gaya rambutnya yang dipotong sedikit. Selain itu dia juga memberitahu telah berpindah ke kediaman baharu mereka.
Pelantun lagu Toxic itu juga mengaku belum sempat berbulan madu selepas berkahwin pada Jun lalu.
“Belum pergi berbulan madu tetapi lepas kahwin kami terus pindah rumah. Mungkin bukan sesuatu yang bijak tapi kami akan terus bersama,” tulisnya pada kapsyen foto tersebut.
Wanita berusia 40 tahun itu juga mengatakan berasa pelik dengan kehidupan yang disifatkan olehnya sebagai serba baharu.
“Adalah pelik untuk saya bangun setiap hari dengan sesuatu yang baharu. Semuanya serba baharu. Kolam tenan baharu, dapur baharu, katil baharu dan saya fikir saya masih terkejut.
“Saya masih lagi menyesuaikan diri hidup berpasangan dan selalu bersama,” katanya lagi.
Dalam perkongsian sama, Spears berbangga kerana suaminya seorang yang handal memasak dan telah menyediakan steak buatnya.
Menurut Spears, dia akan terus mengemas kini dan berkongsi perkembangan hidupnya kepada lebih 41.6 juta pengikutnya kerana sebelum ini tidak dapat berbuat demikian lantaran permasalahan bersama bapa yang harus ditanggungnya sejak bertahun lamanya.
“Perubahan ini sangat menarik, anak saya juga mempersetujuinya. Saya akan kerap berkongsi perkembangan saya kepada semua.
“Hidup ini baik,” tutup penyanyi itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar