Berita
Britney Spears Muncul Dengan Minyak Wangi Bau Kopi & Lada
Selepas mempunyai 23 jenis koleksi minyak wangi, penyanyi Britney Spears tampil dengan pilihan minyak wangi yang lebih unik apabila mengetengahkan bau kopi dan lada.
Terbaharu Britney muncul dengan minyak wangi yang diberi nama Prerogative yang sesuai untuk kegunaan wanita mahupun lelaki.
Prerogative dideskripsikan sebagai gabungan aroma oriental dan kayu. Namun apa yang uniknya kali ini Britney lebih memilih minuman serta rempah dalam aroma produknya ini.
Melancarkan variasi aroma ‘Espresso Foam’, sesuai dengan namanya, minyak wangi ini berbau aroma espresso seperti yang terdapat dari lapisan buih di atas kopi yang baru saja dibuat.
Satu lagi penyanyi lagu hit Toxic itu juga menggunakan pink peppercorn; sebagai satu varisi. Pink pepper adalah rempah lada yang pedas berasal Brazil, yang dicampur dalam masakan Itali.
Selain itu, edisi minyak wangi kali ini juga terdapat bauan beri merah, buah aprikot, bunga calla lily merah, kayu amber, dan krim safron.
Kesemuanya akan berada di pasaran di seluruh dunia mulai Ogos depan.
Terdahulu, Britney dilaporkan mengaut keuntungan sekurang-kurangnya USD 1.5 juta daripada hasil penjualan minyak sejak produknya dilancarkan pada tahun 2004.
Sumber: TIMEA post shared by Britney Spears (@britneyspears) on
Must-Watch Video