Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Brunei Tangguh Pelaksanaan Hukuman Rejam, George Clooney Beri Amaran Pada Malaysia

Azwa Rahman 15/05/2019 | 03:59 MYT
Pelakon antarabangsa, George Clooney memberi amaran kepada negara Malaysia dan Indonesia untuk tidak melaksanakan hukuman rejam bagi pesalah hubungan sejenis dan penzina.
Bercakap ketika menjadi tetamu undungan rancangan The Ellen Show, Clooney menegaskan pembatalan hukuman tersebut ibarat satu kemenangan besar buat masyarakat dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Brunei adalah sebuah negara kecil tetapi mereka mahu melaksanakan hukuman mati kepada golongan sejenis dan penzina. Kita boleh jadikan perkara ini sukar dengan memboikot hotelnya tetapi itu bukanlah masalah pada seorang lelaki kaya.
“Tetapi apabila bank dan institusi kewangan mula berkata 'okay, kami keluar daripada perniagaan Brunei', maka dia pun berundur dan mengubah keputusannya”, jelas Clooney lagi di dalam wawancara itu.
Menurutnya lagi, pengunduran perniagaan yang melibatkan kewangan seperti ini ibarat amaran ke atas negara Malaysia dan Indonesia yang turut memikirkan pelaksanaan hukuman ini.
Terdahulu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan hukuman rejam sampai mati ke atas pesalah hubungan sejenis dan penzina di negara itu April lalu.
Ramai selebriti dunia termasuklah George Clooney, Ellen DeGeneres, Elton John dan Dua Lipa menyeru untuk memboikot hotel-hotel yang dimiliki oleh Baginda.

A post shared by Ellen (@theellenshow) on

Di UK pula, semua iklan dan promosi pelancongan ke negara Brunei telah diturunkan.
Beberapa bank utama, termasuk J.P. Morgan, Kumpulan Goldman Sachs dan Bank of America turut melarang pekerja mereka daripada menginap di hotel-hotel yang dimiliki oleh Sultan Brunei, termasuk kumpulan hotel mewah Dorchester Collection.
Sumber: Twitter @TheEllenShow, Utusan Malaysia dan Says
#Malaysia #Brunei #LGBT #Brunei
;