Hiburan

BSFM: Ramai Makan Hati Abang Cameraman Ajar Jessi Cakap ‘I Love You’ Dalam Bahasa Sarawak - "Dekat Sangat Tu..."

Asyraf Roslan
13/10/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
BSFM: Ramai Makan Hati Abang Cameraman Ajar Jessi Cakap ‘I Love You’ Dalam Bahasa Sarawak - "Dekat Sangat Tu..."
Telatah penyanyi popular Korea, Jessi di pentas Borneo Sonic Music Festival 2024 (BSMF2024) sangat mencuit hati penonton yang hadir.
Hadir dengan perwatakan yang bersahaja dan manja membuatkan pelantun lagu Zoom itu mudah didekati peminat-peminatnya.
Lebih menarik perhatian apabila Jessi atau nama sebenarnya Jessica Hyun-ju Ho,36, itu cuba belajar untuk menyebut I Love You dalam bahasa Sarawak.
Namun sebelum mengajar Jessi cara sebutan krew tersebut sempat membalas kembali ucapan I love you itu kepada Jessie.
"Abang (sambil meluru ke arah krew bertugas) bagaimana nak sebut I Love You?" Soal Jessi.
"I love you too," kata krew tersebut.
"Yes, I love you too tapi bagaimana nak sebut cara lokal?
(Krew tersebut terus berbisik kepada Jessi)
"Kamek sayang Kitak" ujar Jessi selepas berjaya belajar daripada krew tersebut.
Meskipun sebutan tidak berapa tepat namun usaha yang dibawakan oleh Jessi untuk belajar menyebut perkataan itu sangat mencuit hati dan disambut dengan sorakan peminat.
Namun pada masa sama, penonton yang hadir sedikit cemburu dengan krew yang dapat berbual bersama Jessi secara dekat.
"Untunglah dapat bual dekat-dekat"
"Dekat sangat tu, mana boleh" jeritan-jeritan gurauan daripada peminat yang hadir.
Di BSMF 2024, Jessi telah menyampaikan beberapa buah lagu popularnya iaitu Smoke, Gucci, Gum, Zoom dan Nunu Nana.
Selain Jessie antara penyanyi yang terlibat untuk hari kedua BSMF2024 adalah Dolla, Judika, Yuna dan DJ Blink.
Untuk Info, Borneo Sonic Music Festival diadakan selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober 2024 di Stadium Sarawak, Kuching.
Ini merupakan Festival muzik terbesar di Borneo.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar