Laman Utama
BTS Cipta Sejarah, Pecahkan Rekod 17 Tahun & Jadi Pemenang Terbanyak Billboard Music Awards!
Seperti yang dijangkakan, grup tersohor Korea Selatan, BTS membawa pulang pengiktirafan dalam anugerah berprestij, Billboard Music Awards 2022 (BMA) yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Lebih membanggakan, BTS yang tercalon lewat enam anugerah, membawa pulang tiga piala, dengan memecahkan rekod sekaligus menjadikan mereka sebagai kumpulan terbanyak dalam sejarah BMA.
Sejak tercalon pada tahun 2017, BTS tidak pernah pulang dengan tangan kosong, termasuk pada tahun ini merupakan kemenangan ketiga berturut dalam kategori Top Duo/Group yang pertama kali dimenangi pada 2019.
Ini juga merupakan rekod baharu apabila BTS menyamai kemenangan kumpulan One Direction yang pernah menang sebanyak tiga kali dalam kategori Top Duo/Group iaitu pada tahun 2013, 2015 dan 2016.
Sebaik keputusan tiga kemenangan yang disapu pada tahun ini termasuk dua lagi anugerah tertinggi iaitu Top Song Sales Artist dan Top Selling Song, diumumkan BTS secara rasmi menyingkirkan rekod yang dipegang kumpulan wanita Destiny’s Child selama 17 tahun.
Destiny’s Child selama ini memegang rekod BMA paling banyak dengan 11 kemenangan. Namun, BTS mencetak sejarah baharu apabila kini memiliki 12 kemenangan sepanjang enam tahun bertanding.
Meski memenangi dan membuat sejarah baharu dalam anugerah tersebut, kumpulan yang dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, dan Jungkook tidak hadir ke BMA 2022.
BTS dijangka comeback pada 10 Jun depan dengan karya terbaharu dalam album antologi Proof.