Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Buat Gurauan Tentang Kematian Ahli Keluarga, Netizen Anggap ‘Dark Joke’ Biadab?

Firdaus 21/04/2024 | 03:55 MYT

Bergurau sememangnya telah menjadi sebahagian daripada fitrah manusia.

Akan tetapi, sesetengah gurauan disifatkan terlalu melampau sehingga ia dilihat kurang manis, apatah lagi dilakukan secara terang-terangan di media sosial.

Kematian Ahli Keluarga Jadi 'Bahan' Jenaka

Hal itu sinonim dengan satu hantaran di Platform X di mana seorang pengguna berkongsi beberapa tangkap layar komen segelintir warganet daripada aplikasi TikTok yang menjadikan kematian ahli keluarga mereka sebagai ‘bahan’ untuk berjenaka.

Antara gurauan yang dapat dilihat adalah seperti:

Netizen Sifatkan 'Dark Joke' Biadab?

Tinjauan ke ruangan balas entri tersebut mendapati sesetengah netizen menyifatkan komen-komen yang ditulis itu sebagai biadab dan tidak sensitif.

“Mereka itu mungkin komedian yang kurang ajar yang tak laku, konon nak ikut budaya barat, tapi gurauan itu teruk dan biadab. Macam-macam gila perhatian manusia sekarang ni,”
“Moga tak ada keluarga aku yang macam ni. Sedih baca,”
“Bila akhir zaman, kubur tidak lagi tempat untuk mereka menginsafi diri, malah dijadikan bahan jenaka. Memalukan.”

'Dark Joke' Sebagai Cara Atasi Perasaan Sedih

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang berpendapat bahawa jenaka-jenaka yang ditulis adalah sebagai salah satu cara untuk mengatasi perasaan sedih akibat daripada kehilangan ahli keluarga.

BERITA TRENDING: Ziarah Kubur Ex Dengan Tunang, Tindakan Wanita Ini Diselar Warganet - "Memanglah Arwah Dah Tiada, Tapi..."

Sumber: Platform X
#Viral #Netizen #Tular #Kubur #Jenaka #Gurauan #Dark Joke
;