Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Buat Ibu Yang Bekerja, Ini 5 Menu Ringkas Untuk Anak Bawa Bekal Ke Sekolah

Zulaikha Yusof 07/03/2021 | 08:30 MYT
Nota: #FoodiesLife adalah kolum baharu yang diperkenalkan oleh Astro Gempak. Ia merupakan satu artikel yang menceritakan dari pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja. Kalau nak tahu apa topik yang menjadi pilihan, nantikan pada hari Ahad. Selamat membaca dan terima kasih kerana memberi sokongan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri yang disediakan oleh ibu untuk anak.
Golongan ibu di luar sana mungkin ada yang yang ketandusan idea untuk menyediakan bekal anak ke sekolah.
Mana tidaknya, kalau setiap hari fikirkan menu yang sesuai untuk dijamah.
Di sini, #FoodiesLife kongsikan lima menu yang mampu menarik selera anak untuk makan makanan yang dibekal :
#1 Roti Sandwich
Sandwich boleh disediakan pelbagai jenis dengan menggunakan bahan berkhasiat seperti telur, tomato, isi ayam, tuna dan keju.
Gunakan kreativiti yang para ibu ada. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan sandwich dalam 5-10 minit sahaja.
#2 Lempeng Atau Pancake
Lempeng atau pancake boleh dimakan dengan kuah yang manis dan juga sos savuri.
Nak buat seperti sandwich pun boleh, sapukan jem atau nutella yang menjadi kegemaran anak ditambah dengan buah-buahan.
#3 Nasi Goreng
Nasi memang makanan rutin setiap hari.
Untuk dijadikan sebagai bekalan anak, pelbagai jenis nasi goreng yang boleh disediakan seperti nasi goreng cina, nasi goreng kampung, nasi goreng pataya dan nasi goreng ayam.
Para ibu boleh lebihkan protein dan sayur-sayuran, bukan setakat untuk mengenyangkan perut tetapi menyihatkan tubuh badan.
#4 Pasta
Faham ada dalam kalangan anak-anak yang sejenis tekak 'western food'.
Untuk penyediaan pasta boleh digoreng atau dimasak dengan menggunakan sos bolognese atau carbonara.
Nak lagi sedap boleh dicampur dengan hirisan sosej, daging cincang dan sayur-sayuran.
#5 Nasi & Lauk 'One-Pot'
Lauk 'one-pot' adalah masakan yang dimasak dalam satu periuk dengan memasukkan semua bahan.
Contohnya ayam masa kicap, ayam masak paprik dan tomyam.
#Anak #sekolah #Ibu #Menu Bekal
;