Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Buat ‘Kaki Main’ Emoji, Ini 4 Emoji Yang Boleh Bawa Malapetaka Jika Silap Hantar

Maliah Surip 29/08/2022 | 15:10 MYT

Kiriman WhatsApp yang dihantar dalam kalangan pengguna media sosial biasanya akan ‘dimeriahkan’ dengan tanda emoji.

Mengikut data yang dikeluarkan akhir tahun lalu oleh Unicode Consortium, emoji ketawa kegembiraan adalah yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.
Ia kemudian diikuti dengan emoji hati, senyum, menangis dan bagus.
Namun tahukah anda, daripada sekitar 3,663 emoji yang ditawarkan, terdapat 4 emoji yang sangat sensitif atau boleh membawa salah faham kepada pengguna dari negara yang berlainan.
Menurut portal mashable.com, 4 emoji yang disenaraikan ini membawa maksud berbeza dan boleh disalah tafsir. Apakah empat emoji yang juga dikongsikan oleh Detik.com
1. Emoji tangan metal ?
Jangan pernah memakai emoji tangan metal atau horn emoji (?) kepada masyarakat Itali, Sepanyol, Spanyol, Portugal, Argentina, Brazil, Cuba dan Uruguay.
Ingin tahu kenapa? Kerana emoji tangan metal adalah perlambangan pasangan mereka telah berlaku curang!
2. Emoji melambaikan tangan ?
Untuk emoji melambaikan tangan atau waving hand (?), ia sensitif untuk diterima oleh masyarakat medial sosial di negara China.
Editor Emojipedia Jeremy Burge, emoji melambaikan tangan boleh menjadi simbol berbeza daripada memberi maksud ramah.
“Tapi di China, emoji melambaikan tangan boleh memberi tanda menyinggung perasaan,” kata Burge.
Malah dalam platform WeChat di China, emoji ini dapat diterjemahkan sebagai tanda 'kita bukan lagi teman'.
3. Emoji bagus ?
Memberi emoji bagus atau thumbs up (?) juga rupanya boleh memberi masalah kepada penerima media sosial di Afghanistan, Iraq, Iran dan Nigeria.
Jika banyak yang akan tersenyum menerima emoji bagus kerana ia melambangkan seseorang berpuas hati atau pekerjaan yang kita lakukan dianggap kerja yang bagus, namun bagi negara yang disenaraikan di atas membawa maksud berbeza.
Pengguna media sosial di empat negara tersebut berpendapat emoji bagus adalah kata cacian atau anda senang memaki mereka!
4. Emoji peace (perdamaian) ✌️
Satu lagi emoji yang cukup popular dalam kalangan pengguna media sosial adalah perdamaian atau peace dan Victory Hand emoji (✌️).
Tapi bagi orang Amerika Syarikat emoji ini bukan sebagai tanda perdamaian atau kemenangan. Sebaliknya seperti menghalau seseorang.
Kredit Foto: Britannica

#Viral #whatsapp #Emoji
;