Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Buat Kerja Dari Awal Subuh Sampai Lewat Malam" - Farah Lee Bersengkang Mata 2 Minggu Nak Siapkan...

ZULHILMI JALIL 17/02/2020 | 10:01 MYT
Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee berkongsi cerita mengenai cabarannya menyiapkan tugasan penulisan akademik (academic writing) dalam tempoh hanya dua minggu sahaja.
Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, berkata lebih mencabar apabila dia turut berpuasa hampir setiap hari dalam tempoh menyiapkan tugasan tersebut.
"Cool gak kan omma berjaya tulis hampir 10,000 perkataan dan analisis data untuk penulisan akademik dalam tempoh dua minggu sambil puasa hampir setiap hari sebab nak habiskan ganti sebelum mengembara.
"Buat kerja dari awal Subuh sehinggalah lewat malam tanpa henti selama dua minggu kerana penulisan akademik itu agak mencabar.
"Alhamdulillah, penulisan dah siap, tinggal nak finalise, proofread dan serahkan pada hujung bulan ini sahaja," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

. Wuuu cool gak kan omma berjaya tulis almost 10,000 words + data analysis for academic writing in two weeks while puasa almost everyday sebab nak habiskan ganti before mengembara.. Kekeke ? Been working early dawns till late nights non stop these two weeks just that academic writing is tough ? Phewww berpeluh kkkkk.. Eh tipu tak berpeluh pun sebab sini sejup ? . Alhamdulillah, writing dah siap, tinggal nak finalise, proofread and submit je end of this month ? Cuma masalahnya sekarang, words dah terlebih 4,000 daripada thesis requirement pulak (Max words 12,000 je for MA). Adeeeehhhh bercinta laaa nak membuang ni haa ??? . ? Neckarsulm, Germany : 150220 ?? . #FLstudies #FLworlds #FLinGERMANY #FLworldschooling @fl.worldschooling

A post shared by FARAH LEE || F. L. (@farahlee_) on

Perkongsian Farah itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mana rata-rata mendoakan agar perjalanannya untuk menamatkan pengajian di sana dipermudahkan.
Farah kini menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang pendidikan kanak-kanak di University of Leeds, United Kingdom (UK)
Farah yang berhijrah ke UK turut membawa anak tunggalnya, Maream Esabel.
Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, namun becerai pada Ogos 2016.
#Ally Iskandar #Farah Lee
;