UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

Buat Konten Palsu Di Indonesia, Pempengaruh Malaysia Ammar Nazhan, Aras Buat Permohonan Maaf

Umirah Halim 07/02/2025 | 08:25 MYT
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras tampil membuat permohonan maaf berkaitan penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia.

Menerusi satu video yang dikongsi oleh kumparanNews, kedua-dua pempengaruh itu menzahirkan rasa kesal kerana telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

"Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kami berjanji tidak akan mengulangi lagi.

Dalam pada itu mereka juga telah menulis surat kepada polis bagi memeterai permohonan maaf serta mengaku bahawa kandungan yang mereka hasilkan itu hanyalah lakonan semata-mata.

"Kami mengakui bahawa itu hanyalah lakonan untuk tujuan hiburan semata-mata dan kami berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama lagi," katanya

Sebelum ini, Ketua Polis Panyileukan, Pesuruhjaya Kurnia berkata, berdasarkan keterangan kepada polis, pempengaruh terbabit memberitahu mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi 'pempengaruh Malaysia (gadis) hilang selama 48 jam ketika membuat kandungan mengenai aktiviti paranormal'.

"Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut. Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu.

"Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat," katanya seperti dilaporkan portal itu,” ujarnya.

Terdahulu, gadis berusia 22 tahun itu telah ditemui pada Rabu kira-kira jam 10 malam selepas tiga hari di dalam hutan.

Video penemuannya dikongsikan secara langsung di TikTok.

Sebelum ini, rakannya yang juga pempengaruh Ammar Nazhan memaklumkan tentang kehilangan Eyka pada jam 2 pagi Isnin lalu.

BERITA TRENDING: Polis Indonesia Sahkan Pempengaruh Malaysia, Ammar Nazhan Buat Cerita Palsu

BERITA TRENDING: Pempengaruh Malaysia Sebar Berita Palsu Boleh Dikenakan Hukuman Berat - Polis Indonesia

BERITA TRENDING: Panggilan Manja Seperti ‘Baby’, ‘Sayang’, ‘Cinta’ Boleh Harmonikan Rumah Tangga

BERITA TRENDING: "Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil

#Indonesia #Ammar #maaf #Hilang #nazhan
;