Laman Utama
Buat SOP Sendiri, Harris Alif Tak Benarkan Orang Lain Cium Anaknya - “Budak Ni Sensitif…”
Apabila pulang ke kampung untuk berhari raya, satu hal yang perlu dilalui adalah bertemu dengan sanak saudara dan orang ramai. Namun, hal berkenaan sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Tentulah, si kecil yang belum mempunyai kekuatan sistem imun yang stabil mampu terdedah dengan pelbagai jenis jangkitan atau penyakit, jika ibu dan bapa tidak peka dan berjaga-jaga.
Mungkin itulah yang difikirkan oleh penyanyi, pelakon dan pengacara Harris Alif. Bagi melindungi anak kecilnya, Eviee Khadeeja yang baru berusia empat bulan, Harris terpaksa meletakkan beberapa peraturan terhadap orang untuk untuk anaknya.
Menurut Harris, dia enggan membenarkan sesiapa untuk mencium anaknya ketika dia dan isteri, Intan Ladyana pulang ke kampung menyambut lebaran.
“Budak-budak ini sangat sensitif dengan orang nak cium, nak pegang. Jadi, saya harus buat peraturan atau SOP sendiri.
“Bukan kita tak nak beri orang lain nak pegang atau cium anak, tetapi bayi ini masih lagi fragile.
“Kalau sekadar nak pegang tu, saya rasa tiada masalah. Tapi kami perlulah berjaga-jaga kerana situasi sekarang ini agak rumit, terpaksalah kami berjaga-jaga untuk keselamatan anak kecil,” katanya.
Dalam pada itu, Harris menegaskan yang SOP berkenaan bukanlah dibuat sekadar suka-suka. Bahkan untuk kesejahteraan dia dan bayinya kelak.
“Takut juga kalau sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Sebab hujung-hujung ibu bapa yang kena hadap semua. Jadi mungkin saya dan Intan akan pesan kepada orang yang kami jumpa supaya tidak cium anak kami. Siapa yang tak sayang anak kan?” katanya lagi.
Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan itu menjadi perbualan netizen disebabkan jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak penghujung Januari lalu.