Laman Utama

"Buat Tuduhan Macam Orang Tak Ada Akal" - Ika Nabella Berang Siti Elizad Dituduh Mandul

Zulaikha Yusof
25/06/2021
06:20 MYT
Sponsor Banner
"Buat Tuduhan Macam Orang Tak Ada Akal" - Ika Nabella Berang Siti Elizad Dituduh Mandul
Pelakon Ika Nabella, 32, berang dengan tindakan seorang netizen yang tergamak meninggalkan komen mandul terhadap penyampai radio dan pelakon Siti Elizad, 37.
Tegas Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, isu anak sangat sensitif dalam kalangan wanita malah dedahnya dia sendiri pernah alami sebelum dikurniakan Muhammad Noah Zayn yang dilahirkan pada 2019.
"Allahuakhbar. Tolong la isu ini sangat sensitif saya pernah alami. Siapa kita nak pertikai urusan Allah?
"Anda tidak boleh tanya orang bila nak ada anak, bila nak mengandung, inikan buat tuduhan macam orang tak ada akal, tak ada hati!
"Bukan mudah bagi seorang wanita yang setiap hari berperang dengan emosi sendiri, nak hadap orang sekeliling termasuk keluarga. Inikan orang luar yang tak tahu macam mana struggle," tulisnya di ruang komen Instagram (IG) Elizad.
Dalam pada itu, pelakon drama Sein Dan Luna ini akui pernah berborak dengan pengacara itu mengenai pengalaman masing-masing dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
"Saya pernah bercerita dengan Ejad soal anak. Waktu itu kami sama-sama tengah usaha keras untuk ada zuriat.
"Kongsi pengalaman dengan doktor. Dalam perjalanan balik saya menangis teresak-esak sedih, sedih sangat walaupun bercerita dengan wanita yang sama nasib. Tak mudah. Ejad..tolong jadi kuat macam selalu. Kami doakan awak," tulisnya lagi.
Terdahulu, Elizad bengang selepas menerima status berbaur penghinaan yang menuduhnya mandul, tidak solat dan tidak menutup aurat.
Tindakan pelaku itu telah mengundang padah apabila Elizad tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil.
BACA: Dihina Mandul, Dipanggil Pu*****! Elizad Buat Laporan Polis - "Kau Tahu Tak Aku Struggle Nak Mati... Susah Payah Nak Dapatkan Anak"
Elizad sebelum ini mengalami keguguran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober tahun sama.
Untuk rekod, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar