Laman Utama
Buat Video ‘Hukum Cuci Tuala Wanita’, Aishah Azman Hanya Mahu Berkongsi Ilmu - “Tidak Wajib Basuh Pad”
Pelakon Aishah Aziz mendedahkan punca dia memuat naik sebuah video ‘hukum membasuh pad’ di platform TikTok miliknya hanyalah sekadar berkongsi ilmu.
Menurut Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 25, perkongsian hukum membasuh tuala wanita itu tercetus kerana ramai kaum hawa masih belum tahu tentang perkara itu.
“Niat Aishah nak kongsi ilmu yang ramai kaum wanita tidak tahu, jadi ia berguna bila dalam keadaan darurat atau terpaksa.
“Aishah bukan ustazah dan niat nak kongsi tu pun sebab itu memang perkara yang dekat dengan isu perempuan. Jadi Aishah memang suka bab-bab berkenaan dengan perempuan ni,” jelas Aishah ketika dihubungi Gempak.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik lima hari lalu, Aishah berkongsi hukum membasuh tuala wanita iaitu ia tidak wajib. Tuala wanita yang sudah dipakai hukumnya sunat untuk ditanam dan harus jika dibuang di dalam tong sampah.
Namun, tiada dalil yang mengatakan jatuh haram jika tidak mencuci tuala wanita dan jin akan datang menjilat darah kotor jika tidak dibasuh adalah mitos semata-mata.
Banyak menambah ilmu daripada perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan dan menerusi ceramah-ceramah agama yang ditontonnya, Aishah menerima pelbagai komen daripada kaum wanita yang rata-ratanya lebih selesa membasuh tuala wanita demi menjaga kebersihan.
“Terpulang, sebab tak ada jugak dalil yang cakap basuh pad tu haram. Selagi diorang buat perkara yang tak melanggar ajaran Islam, it would be fine.
“Dan jika cuci perlu jaga kebersihan jugak, perlu pastikan tak tinggal kesan darah atau bau dalam toilet, risau nanti bila nak berwuduk, terpijak atau tersentuh bahagian darah yang tak dibasuh bersih akan menjejaskan kesucian berwuduk,” jelasnya.
Tambah adik kepada pelakon Afiq Muiz ini lagi, semua wanita perlu faham apabila tidak wajib membasuh tuala wanita, itu bukan bererti ia boleh dibuang dengan sesuka hati.
“Perlu faham dalam konteks ni Aishah cuba sampaikan tak cuci pad tapi dengan cara yang betul iaitu balut rapi dengan plastik atau kertas hingga takkan boleh nampak darah atau keluarkan bau darah tersebut.
“Bukan buang straight macam tu tanpa balut dengan elok. Jadi bila perbuatan macam ni yang benda-benda halus ni suka. Cuma jangan cepat menilai, bila tak cuci pad, haaa kau akan diganggu jin atau benda-benda halus. Hahaha itu semua mitos,” ulasnya lagi.
Masih dalam proses belajar, Aishah juga berharap agar orang ramai tidak cepat menghakiminya.
“Manusia tak ada yang sempurna. Tak perlu tunggu tudung labuh baru boleh sampaikan ilmu agama. Dalam masa Aishah kongsi, Aishah sendiri dalam proses memperbaiki diri.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 1.2 juta tontonan di TikTok.