Laman Utama
Budak 12 Tahun Pergi Sekolah Naik Jet Peribadi
Nama Farel Prayoga, kanak kanak lelaki berusia 12 tahun memang sedang menjadi bualan hangat di Indonesia.
Farel menjadi bualan dan viral selepas tampil di Istana Merdeka dalam acara sambutan ulang tahun atau kemerdekaan ke-77 Republik Indonesia.
Kehadirannya menyanyikan lagu Ojo Dibandingke milik Abah Lala di hadapan Presiden Jokowi dan menteri lainnya telah mendapat perhatian dan pujian.
Sejak itu, Farel mendapat banyak jemputan melakukan persembahan di serata Indonesia.
Terkini, Farel yang memang merupakan pengamen atau penyanyi jalanan bersama ayahnya di tempat kelahiran mereka, Banyuwangi telah dijemput membuat persembahan di Kalimantan.
Dia didakwa sempat menolak tawaran dengan bayaran lumayan tersebut kerana bimbang tercicir ke sekolah memandangkan jarak di antara Banyuwangi dan Kalimantan sangat jauh. Malah dia perlu bersekolah pada keesokannya hari setelah melakukan persembahan.
Namun setelah dipujuk oleh hartawan yang mengundangkan menyanyi, Haji Isam, Farel bersetuju.
Apa lagi Haji Isam berjanji Farel tidak akan tertinggal ke sekolah walaupun membuat persembahan di Kalimantan.
“Dia (Farel) memang menolak tawaran sebab mahu ke sekolah. Tapi selepas dijanjikan dia akan sampai ke sekolah tepat waktu, dia menerima lamaran tersebut,” kata David Hasrul Harahap yang mewakilinya dari Aneka Safari.
Itupun kerana penganjur telah menyediakan jet peribadi buatnya untuk pulang ke kampung usai menyanyi supaya Farel boleh ke sekolah.
“Jadi dia naik jet peribadi dari Lapangan Terbang Kalimantan sekitar pukul 3 pagi dan sampai pukul 6 pagi.
“Alhamdulillah sampai di sekolah pukul 6.30 WIB dan langsung masuk kelas, tidak sampai terlambat," beritahu David seperti dilaporkan Detik.com.
Sikap Farel yang masih mementingkan persekolahan dan pendidikan walaupun banyak menerima tawaran menyanyi kerana semakin popular mendapat pujian ramai.
Salah seorang yang memuji sikap Farel adalah Menteri Pelancongan Dan Ekonomi Kreatif, Sandiago Uno.
Menteri itu menyifatkan Farel sesuai dijadikan teladan baik kepada golongan kakak kakak lain yang juga terlibat dalam industri seni agar tidak membelakangkan pelajaran.
Malah melalui tulisannya di media sosial, Sandiago mengatakan: “Saya pertama kali naik jet peribadi pun bila sudah menjadi usahawan.”
Kredit Foto: Detik.com