Laman Utama
Bukan 5 Tapi Yoo Ah In Didakwa Guna 7 Jenis Dadah Termasuk Kokain, Ganja…
Nampaknya kes penyalah gunaan dadah yang membabitkan aktor Yoo Ah In menjadi ‘drama bersiri’ yang semakin panjang.
Hal ini lantaran Ah In yang sebelum ini didakwa memasukkan lima jenis dadah ke dalam badannya didapati pernah menggunakan dua lagi jenis dadah.
Fakta baru ini dikongsikan pihak berkuasa kepada media tempatan selepas menyiapkan kertas siasatan penuh terhadap kes tersebut.
Menerusi laporan AllKPop, Ah In kini dikaitkan telah menggunakan tujuh jenis dadah berbanding lima sebelum ini.
Pada Februari, Ah In didapati positif mengambil empat jenis dadah termasuk dari jenis ganja, kokain, propofol dan ketamin.
Pihak berkuasa terus menjalankan siasatan sebelum pakar perubatan mengesahkan dia pernah menggunakan ubat untuk membantu masalah gangguan tidur atau insomnia, Zolpidem pada tahun 2022.
Terkini, Ah In dikaitkan dengan dua lagi jenis ubat terlarang yang dikenali sebagai
midazolam dan alprazolam.
Midazolam adalah sejenis ubat sedatif yang disuntik ke tubuh untuk menghilangkan keresahan, manakala Alprazolam pula adalah dari kumpulan ubat yang mengawal panik serta keresahan.
Bintang Hellbound itu sebelum ini didakwa telah menggunakan pelbagai jenis dadah melebihi 100 kali sejak tahun 2021.
Dia didakwa mendapat bekalan ubat terlarang tersebut daripada sebuah klinik.