Hiburan

Bukan Biasa-Biasa Comelnya! Wawa Zainal Dedah Wajah Anak Ketiga

Mya Amri
13/12/2019
09:35 MYT
Sponsor Banner
Bukan Biasa-Biasa Comelnya! Wawa Zainal Dedah Wajah Anak Ketiga
Pelakon Wawa Zainal buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak ketiganya, Aya Soffya.
Wawa berkongsi wajah comel puteri keduanya itu menerusi posting terbaru diakaun Instagram miliknya dan juga Aya.
Foto tersebut dirakamkan menerusi sesi ‘newborn photoshoot’ yang dilakukan baru-baru ini.
“Assalamualaikum semua... Nama saya Aya Soffya binti Aeril Zafrel. Saya dilahirkan pada 1.12.19 sehari sebelum birthday ayah saya... Berat saya 2.86 masa lahir. Muka saya macam kakak Hayla,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan puteri keduanya itu.
“Bukan biashe-biashe comeynya ni. Alhamdulillah,” komen @nabihan_kamarulzaman
“Comelnya awak sayang... Semoga anak auntie ni kenan macam muka awak. Amin,” puji @amzetashah
Terdahulu, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Manakala Aya Soffya dilahirkan pada 1 Disember lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar