Hiburan
Bukan Cemburu & Merajuk, Kehadiran Ramai Pelakon Baharu Beri Persaingan Pada Ryzal Jaafar - “Zaman Dahulu Ada Juga Saya…”
Pelakon Ryzal Jaafar mengakui persaingan untuk mendapatkan tawaran berlakon semakin sukar apabila kehadiran ramai pendatang baharu dalam bidang lakonan.
Dia juga berpandangan, pelakon baharu mempunyai laluan yang mudah apabila mereka tampil dengan pakej lengkap dan menjadikan mereka lebih menonjol.
BERITA BERKAITAN: Masih Teruskan Rawatan, Ryzal Jaafar Harus Ulang-Alik Hospital Enam Bulan Sekali - “Apa Yang Berlaku Hanyalah…”
BERITA BERKAITAN: Terlupa Basuh Cili Kering dalam Ikan Pekasam, Ryzal Jaafar Terima Kecaman Netizen - “Salah Saya Sebab Abaikan Kebersihan”
"Tawaran berlakon saya akui agak kurang kerana sekarang ini kita ramai muka-muka baharu. Sekarang tak macam dahulu, platform utama mereka media sosial.
"Kalau dahulu nak berlakon wajib casting. Sekarang ini saya lihat semua itu jarang ada," katanya kepada Gempak.
Bukan cemburu, malah menurut aktor yang popular dengan drama Hotel Mania itu, dia gembira melihat kehadiran rakan-rakan artis yang Baharu mewarnai industri hiburan.
"Zaman dahulu ada juga saya terima watak-watak utama untuk jadi hero tapi sekarang tidak lagi kerana industri kita memang terlalu ramai muka-muka baharu. Ini semua kerana peredaran zaman.
"Saya pernah pesan pada diri, kita tidak selamanya berada diatas. Adakala kita boleh diatas, adalaka kita akan dibawah," katanya.
Ditanya adakah Ryzal berkecil hati mahupun merajuk dengan industri hiburan, Ryzal menyifatkan semuanya takdir dan sebagai satu rezeki.
"Secara peribadi apa yang jadi pada saya ini semua adalah rezeki yang telah ditetapkan. Sama juga macam pendatang baharu. Itu rezeki mereka.
"Macam mana pun saya perlu teruskan hidup dan ke pandang ke hadapan. Bagi saya setiap pelakon tidak selamanya di atas atau sentiasa bawa watak hero. Satu masa bila berumur wataknya juga mungkin berubah, kata Ryzal.
Mengakui dirinya semakin malap dalam duni hiburan, bagaimanapun Ryzal mengakui masih berasa rindu untuk berada di hadapan kamera.
Must-Watch Video