“Bukan Dengki, Cuma Ingatan Sesama Muslim” - Netizen ‘Tazkirah’ Nora Danish, Baju Hiking Sendat Macam...
Pelakon jelita Nora Danish kembali menjadi ‘mangsa’ kecaman netizen apabila ramai yang mengkiritik gaya pemakaiannya ketika mendaki Bukit Dinding, Kuala Lumpur, hari ini.
Kecaman itu tercetus apabila Nora memuat naik beberapa gambar menerusi satu posting di Instagramnya.
“Pertama kali, tapi bukan yang terakhir. Di mana pula lepas ni?,” tulisnya sebagai kapsyen.
Susulan daripada itu, ramai dilihat kurang senang dengan pemakaian Nora yang dikatakan agak ketat untuk tatapan umum, apatah lagi untuk digayakan ketika mendaki.
Malah, ada juga yang seolah mengambil peluang untuk memberi ceramah dan ‘tazkirah’ kepada pelakon tersebut.
“Berpada-padalah bila berpakaian, bukan dengki atau iri hati cuma ingatan sesama muslim. Semoga diberi hidayah dan pengakhiran hidup”.
“Aku ingat perempuan mana la b***l tadi, tengok nama oh kak Nora, serious warna macam b***l skrin warna coklat gelap”.
“Baju awak boleh menyebabkan pernafasan masa hiking semput la dear. Pakai baju sesuai, takut kalau jatuh pengsan, rescue tak nampak serupa tanah,” tulis beberapa netizen.
Pun begitu, biarpun diasak dengan pelbagai kecaman, ramai juga yang masih memuji kecantikan aktres tersebut.
“Hiking pun cantik, jelesnya”.
“Lawanya baju Kak Nora, macam tomb rider gitu”.
Sekadar info, ini bukan kali pertama Nora dikecam gara-gara berpakaian mencolok mata.
Sebelum ini, Nora pernah dikecam selepas memuat naik gambar yang menayangkan bahagian belakang tubuhnya di Instagramnya serta momen percutian ketika di Langkawi sekitar September lalu.