Hiburan
Bukan Duta Produk Pro-Israel, Dahlia Rizal Mohon Maaf - “Saya Hanya Model..”
Isteri kepada pelakon Imran Aqil menjelaskan bahawa dia tidak mengikat sebarang kontrak bersama sebarang jenama pro-Israel seperti yang didakwa warganet.
Dahlia hanya model
Menurut Dahlia, dia hanyalah memegang peranan sebagai model ketika sesi fotografi bagi produk tersebut.
"Saya tidak ada sebarang kontrak dengan jenama kosmetik terbabit seperti didakwa. Penglibatan saya dengan jenama kosmetik tersebut dipersetujui sebelum Oktober 2023 iaitu sebelum konflik di Gaza.
"Penglibatan saya hanyalah sebagai model bagi sesi fotografi mereka. Seperti diketahui umum, saya tidak pernah membuat sebarang hantaran mengenai sesi fotografi berkenaan, apatah lagi mempromosikan jenama terbabit.
"Saya hanya model produk mereka dan segala hantaran dibuat adalah daripada pihak jenama tersebut," katanya.
Dahlia mohon maaf
Sementara itu, Dahlia bagaimanapun membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya telah bertindak kurang sensitif terhadap isu tersebut.
"Saya ingin memohon maaf seandainya bertindak kurang sensitif dalam membuat hantaran atau membeli produk dari negara luar.
"la adalah satu kesilapan saya dan selepas ini sudah tentu saya akan lebih berhati-hati dalam memilih tawaran kerja. Sekali lagi dengan rendah hati saya memohon maaf," ujarnya.
Dalam masa yang sama, Dahlia turut berjanji tidak akan melakukan kesilapan sama dan akan terus menyebarkan kesedaran berkenaan nasib menimpa rakyat Palestin di media sosial.
"Insya-Allah saya akan lebih peka di masa akan datang dan berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang.
"Saya akan sentiasa menyokong Palestin dan meneruskan menyebar kesedaran tentang peperangan itu kepada pengikut saya di media sosial," katanya.
Terdahulu, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout 2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia kerana difahamkan mereka kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.
Berita Trending: Kenapa Netizen Senaraikan Puluhan Nama Artis,…
Berita Trending: Dikecam Gara-Gara Promosi Produk Dikaitkan Dengan Israel, Ini…