Viral

"Bukan HFMD Atau Campak Tapi Sejenis Jangkitan" - Anak Aliff Syukri Masuk Hospital

Amri Hassan
03/08/2018
07:37 MYT
Sponsor Banner
"Bukan HFMD Atau Campak Tapi Sejenis Jangkitan" - Anak Aliff Syukri Masuk Hospital
Anak ketiga pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, Ibraheem Adham dimasukkan ke hospital ekoran jangkitan pada seluruh tubuh.
Bagaimanapun, penyakit terbabit disahkan bukan virus Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) atau demam campak, sebaliknya sejenis jangkitan.
"Akhirnya Baem ke wad jua. Bukan HFMD bukan campak tapi sejenis jangkitan.
"Mula-mula macam gigitan nyamuk sahaja di kaki, dalam masa sehari je merebak ke satu badan termasuk bibir, muka dan telinga sekali.
"Dekat tapak tangan dan kaki pun ada... Semalaman tak tidur sebab gatal-gatal.
"Mula-mula kecil lama-lama dia jadi besar bulat-bulat," tulis pengendali akaun @baem_adham.
Sebelum Baem, anak sulung Aliff, Ammar Ahyan dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan mata pada awal minggu lalu.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @baem_adham
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar