Laman Utama
Bukan Lagi Manusia Terkaya Di Dunia! Aset Mark Zuckerberg Makin Susut, Cuma Tinggal RM251 Trilion
Pendiri Facebook dan juga CEO Meta, Mark Zuckerberg dilaporkan mengalami masalah susut aset apabila saham Meta yang baru diperkenalkannya terus menurun.
Zuck sebelum ini dilaporkan oleh Bloomberg Billionaires Index memiliki aset mencecah nilai RM324 Trilion sebelum susut menjadi RM251 Trilion pada tahun ini.
Kedudukannya sebagai antara manusia terkaya di dunia juga ‘jatuh’. Jika sebelum ini namanya selalu duduk dalam posisi lima terkaya dunia, dengan dua tahun lalu memegang takhta sebagai manusia ketiga terkaya dunia, kini semuanya berubah.
Kerana saham yang merudum dan harta atau kekayaannya ikut susut, buat pertama selepas lapan tahun, Zuck kini hanya berada di tempat ke-20 paling kaya di dunia.
Menurut laporan, nilai Facebook pada September 2021 masih tinggi sehingga Zuck mengumumkan perubahan nama menjadi Meta.
Meta adalah alternatif buat Zuck mengembangkan jagat virtual metaverse yang diyakininya sebagai dunia internet masa depan.
Sayangnya sehingga kini belum banyak pelabur yang berani melabur dalam dunia metaverse sekaligus menyebabkan Zuck berdepan dengan kerugian yang cukup besar.
Foto: Mint, Bussiness Insider