Laman Utama
Bukan Lepas Bersolek, Demi Lovato Kata Dirinya Paling Yakin Sewaktu Lakukan Ini
Setiap orang mempunyai tahap keyakinan tersendiri yang mungkin datang daripada pelbagai cara termasuk selepas bersolek, selepas makan atau sebagainya.
Namun penyanyi Demi Lovato nampaknya mempunyai jawapan yang agak berlainan mengenai tahap keyakinan dirinya.
Pelantun Sorry Not Sorry itu mendedahkan dirinya berada pada tahap yakin paling tinggi saat melakukan hubungan ranjang.
“Saya berasa paling yakin sewaktu melakukan seks,” dedahnya sewaktu menjadi tetamu podcast LadyGang seperti dilaporkan People.com.
Menurut bintang berusia 31 tahun tersebut dia mempunyai sebab berasa yakin sewaktu melakukan seks berbanding pada waktu lain.
“Sebab sewaktu melakukan seks saya tidak perlu memikirkan apakah perkara yang akan jadi seterusnya atau akan dihakimi sekurang-kurangnya untuk hari itu.
“Ini apa yang saya rasa tentang keyakinan diri. Saya percaya ini bukan cara untuk semua orang,” ujar Lovato yang sedang menjalin hubungan dengan seorang penyanyi indie.