Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Bukan Macam Anj**g Menyalak, Acah Kata Aku Rosak Akidah” – Iqram Dinzly Perjelas Video, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Mya Amri 13/06/2021 | 23:15 MYT

Iqram Dinzly membidas kenyataan Pencetus Ummah (PU), PU Syed yang mendakwa pelakon itu cuba memesongkan akidah anak muda dalam perihal agama.

Iqram menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya memberikan maklum balas tentang dakwaan yang dianggap fitnah terhadap dirinya.

Menurut Iqram, tuduhan sebegitu tidak seharusnya dilemparkan sewenang-wenangnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

“Alhamdulillah diucapkan atas segala #viral #fitnah yang mencurah-curah. MasyaAllah, Allah makbulkan doa IQ untuk ditunjukkan kebenaran yang lebih indah.

“Kita takyah bercerita pasal #sembahlahaku dulu lah ya. Jalan terus ke #teguran yang dikatakan benar belaka. Wow hebatnya kamu ya wahai manusia.

1. Video durasi kurang 2 minit di petik oleh #netizen yang bijak dari live #tiktok bukan #bigo ya bloggers yang terlebih bijak cari fakta. Sebenarnya lebih dari sejam kejadiannya.

2. Teguran? Cuba explainkan sikit maksud teguran dalam Islam? Adakah kelam seperti mana si maksom @_Pusyed ni yg tampak kelam? Kenapa tak mention direct instead hanya sebut nama IQRam?

3. Siapa kau dikalangan aku? Kau side keluarga aku yang mana satu? Kau sahabat-sahabat yang rapat dengan aku? Atau kau memang acah nak sembang padu tapi otak kau tepu?

A post shared by Prinxchiqy Al Iqram Dinzly ? (@iqramdinzly.cious)

Malah kata Iqram, hal berkaitan dengan isu tekanan atau depresi juga tidak patut dibangkitkan.

“Kenapa aku pula kau nak bangkitkan isu yg mungkin kau sedang stress | depression sebab pusat rawatan kau tak siapa nak lawat sebab PKP?

“Chill Ah Bro! Sekiranya benar kau di jalan Allah, kau kena redha dan berserah. Bukan macam anjing menyalak alkononnya acah kau kata aku rosak akidah.

“Kang kata bodoh berdekah, tentu ada pengikut kau yg taksub report aku dah 2 kali aku post dlm keadaan marah.

“Tapi aku ada hak juga nak meludah. Sbb aku sedar aku bukan Nabi | Rasul yang rasa cukup sempurna ibadah.

“Atau kau sedang mabok fana diuji kerna prasangka diri senantiasa dikurniakan hidayah? Macam inilah aku suka kau buat video belakang background yang acah ,” coretnya.

Terdahulu, PU Syed mengingatkan agar anak muda atau pengguna media sosial yang lain supaya tidak layan sekiranya pelakon itu buat Live.

Ini kerana bimbang akan terpesong akidah dan tidak mendapat sebarang manfaat dari interaksi sedemikian.

BACA: “Sembah Lah Aku…”- Didakwa Memesongkan Akidah, PU Syed Tegur Iqram Dinzly Namun Ini Jawapannya

Tambahan pula, pada pandangan PU Syed, pelakon lelaki itu perlukan rawatan dari segi kerohanian dan akidah kerana khuatir akan tersimpang lebih jauh.

#Iqram Dinzly #PU Syed
;