Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Bukan Nak ‘Caras’ Tugas Penghantar Makanan” - Hazama Jadi Runner Hantar Laksa Buatan Isteri

Azwa Rahman 09/05/2020 | 09:58 MYT
Penyanyi Hazama memanfaatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) dengan menghantar sendiri tempahan laksa hasil air tangan isteri, Genervie Kam.
Memetik laporan BH Online, Hazama atau nama penuhnya, Hazama Ahmad Azmi berkata khidmat penghantaran itu diwujudkan sebagai tanda terima kasih kepada pembeli yang menyokong perniagaan kecil mereka.
"Daripada saya duduk rumah tidak buat apa-apa, apatah lagi jadual seni tidak sesibuk dahulu, mengapa tidak saya memanfaatkan masa dengan turun padang membantu isteri.

Feeling Yellow today ? @goeat_my Terima kasih Dato @khairilmuzamil ?? Yang belum download apps @goeat_my boleh download sekarang ?? #goeatmy #kamasamlaksapenang #0177677756

A post shared by Mr Hazama (@mrhazama1) on

"Tetapi tidaklah semua pesanan saya hantar. Saya pergi ke kawasan yang biasa dikunjungi dan pembeli tertentu. Misalnya, pelanggan berulang sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka," katanya kepada BH Online.
Tambah Hazama lagi, inisiatif ini bukanlah untuk mengambil alih tugas ‘runner’ ataupun mencari keuntungan tetapi sekadar ingin meringankan beban mereka.
"Bukanlah saya hendak 'caras' kerja mereka, tapi pada bulan puasa, semua orang mahu makan ketika berbuka.
"Jadi 'runner' tidak cukup, apatah lagi seorang penghantar barang tidak boleh memuatkan pesanan yang banyak dalam beg.
"Disebabkan itu, saya tolong menghantar laksa asam. Saya mula menjalankan kerja ini hujung minggu lalu," ujarnya.
Bekerjasama dengan syarikat penghantaran Go Eat yang diusahakan anak tempatan, Hazama tetap mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan sebagai penghantar makanan.
Malah, menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan membuatkan pemuzik itu merancang untuk membuka restoran.
"Melihat ramai pelanggan berulang membeli, malah ada yang sanggup singgah ke rumah dalam perjalanan pulang ke Seremban semata-mata hendak merasa asam laksa isteri, saya terfikir ada bagusnya kalau membuka restoran.
"Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir berniaga sebab tiada masa. Namun, selepas asam laksa isteri dipuji ramai, mungkin saya boleh kembangkan idea itu.
"Ini adalah salah satu hikmah PKP dan PKPB, saya banyak belajar ilmu perniagaan," katanya lagi.
Untuk rekod, Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017.
Sumber: BH Online
#Genervie Kam #Perintah Kawalan Pergerakan #Laksa Hazama
;