Laman Utama
“Bukan Nak Kata Jadi BFF Dan Sebagainya… Sekadar Tak Nak Berpanjangan” - Neelofa
Pengacara Neelofa mendedahkan, jika diberi ruang dan peluang untuk berdamai dengan pelakon Nur Fazura, dia akan menyambutnya dengan hati yang lapang.
Katanya, dia percaya Fazura juga mahukan perkara yang serupa memandangkan kedua mereka kini sudah mempunyai keluarga.
BERITA TRENDING: “Saya Sedia Berdamai” - Neelofa Mahu Tamatkan Konflik 13 Tahun Dengan Fazura
“Diberi ruang dan peluang untuk berdamai, berbaik dan move forward daripada isu-isu yang lepas, saya akan sambut dengan hati yang baik dan hati lapanglah insya-Allah.
“Dan saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama, having said kita pun dua-dua dah ada family dah ada anak. Masing-masin pun nak letak ke belakang jauh benda yang lama dan ke depan.