Terkini

“Bukan Nak Kata Saya Mahal, Tetapi…” – Shahiezy Sam Terima Bayaran Setimpal Dengan Bakat Lakonan

Shahrin Zulkifle
20/09/2022
06:00 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Nak Kata Saya Mahal, Tetapi…” – Shahiezy Sam Terima Bayaran Setimpal Dengan Bakat Lakonan
Pelakon Shaheizy Sam menafikan dakwaan tentang khabar angin yang mengatakan dirinya menerima bayaran RM500,000 dalam filem terbaharu lakonannya, Malbatt: Misi Bakara.
Sebaliknya, pemilik nama asal Shaheizy Sam Abdul Samad, 40, menjelaskan bayaran yang diterimanya adalah bersesuaian dengan bakat lakonan yang dipersembahkan dalam filem berkenaan.
“Saya bukan nak kata bayaran saya mahal, tetapi apa yang saya rasa ia berdasarkan pengalaman dalam bidang lakonan saya juga.
“Saya jenis yang akan meletakkan seratus peratus effort dalam sesebuah filem, saya rasa bayaran produksi adalah berbaloi dengan lakonan saya, Insyallah.
“Kalau nak kata demand itu tidaklah saya demand minta RM500,000 untuk satu filem, cumanya ia perlulah berbaloi dengan hasil kerja saya juga,” katanya kepada Gempak.
Sam ditemui ketika majlis pelancaran dan sidang media filem berkenaan yang berlangsung di Hotel Berjaya Time Square, baru-baru ini.
Tambah aktor itu, bayaran yang diterima bukanlah sekadar kepada bakat lakonan semata-mata, malah beberapa perkara lain yang dituntut dalam filem berkenaan turut diambil kira.
“Sudah pasti kalau produksi minta badan yang ‘segak’ ianya memerlukan kos untuk saya dapatkan badan yang diminta dalam filem itu.
“Malah untuk dapat badan seperti yang diinginkan itu bukan sekadar pergi gym sahaja, makanan juga perlu diambil kira dan dijaga, semua itu kos.
“Gaji atau bayaran yang saya terima bukan hanya untuk kreativiti saya sebagai seorang pelakon, tetapi persediaan saya secara keseluruhan bagi filem tersebut perlu di kira juga,” tambahnya.
Selain Sam, filem Malbatt: Misi Bakara turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Ikhram Juhari, Hairul Azreen, Adlin Aman Ramlie, Bront Palare, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Gambit Saifullah, Dafi Ismail Sabri, Safwan Nazri, Nafiez Zaidi, Taufiq Hanafi dan Theebaan G.
Filem Malbatt Misi Bakara yang diangkat daripada kisah benar perang saudara di Somalia pada tahun 1993 itu bakal menemui penonton Malaysia pada Ogos tahun hadapan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini (hyperlink: https://rancangan.gempak.com/gempak-most-wanted-2022 ).
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar